Tazkirah

HTML Tag Reference

Wednesday, September 3, 2008

KeMERDEKAan Hakiki yang dicari

Sempena menyambut kemerdekaan negara Malaysia tercinta mari kita
memahami erti kemerdekaan yang sejati dan hakiki. Semoga kita
benar-benar jadi bangsa yang merdeka mengikut erti kemerdekaan
mempunyai definisi yang banyak sekali. Berlainan sudut dan aspek
berlainan pula erti, di antara pengertian itu, untuk pengetahuan kita
ialah:

Kemerdekaan bangsa, mengikut politik terlepas daripada penjajahan
lain-lain bangsa. Bangsa kita itu dapat berkuasa dan menentukan hala
tujuan mereka dan bebas bangsa kita daripada ideologi buatan manusia.
Yang mendapat tempat dan menjadi sistem hidup adalah sistem Tuhan Yang
Maha Pencipta, yang dunia ini adalah milikNya dan kita juga
kepunyaanNya.

Kemerdekaan ekonomi bermakna tidak ada monopoli oleh seorang atau satu
golongan. Tidak ada penindasan, tidak ada sekatan, tidak ada
penzaliman. Pengagihan kekayaan diratakan kepada semua rakyat jelata
mengikut kebolehan, kemampuan serta keperluan.

Kemerdekaan fikiran bermakna semua rakyat boleh memberi pendapat dan
fikiran, tidak ada ketakutan dan kebimbangan untuk memberi pandangan.

Kemerdekaan kebudayaan bermakna setiap bangsa ada identiti yang
tersendiri dari sudut pakaian, pergaulan dan lain-lain lagi. Corak
hidup mereka mengikut bentuk dan patent mereka bukan ditiru dari
budaya luar yang asing sekali.

Kemerdekaan pendidikan bermakna semua orang diberi peluang untuk
menerima pelajaran dan setiap orang diberi galakan untuk menerima
pengetahuan mengikut bidang yang diminati. Yang patut menerima bantuan
kewangan untuk pelajaran diberi peluang dan tidak ada diskriminasi
tidak ada kroni yang menghalang.

Kemerdekaan agama bermakna setiap orang bebas amalkan agama yang
diyakinkan.Masing-masing tidak boleh menghina tidak boleh memusuhi
antara satu sama lain kerana agama.Tetapi tidak salah membuat
penjelasan mencari kebenaran agar setiap orang dapat menganut agama
yang jelas lagi terang kerana kebenaran itu hanya satu yang datang
dari Tuhan.

Ada satu kemerdekaan yang amat penting dilupakan orang di mana
kemerdekaan itu orang tidak ambil kira bahkan melupakan. Padahal dia
penentu kebahagiaan dan keharmonian hidup dalam pergaulan manusia,
bahkan penentu seseorang apakah ke Syurga atau Neraka. Kemerdekaan
apakah yang dimaksudkan?

Merdeka daripada hawa nafsu yang jahat merosakkan manusia yang
merosakkan diri sendiri dan merosakkan orang lain bahkan harta benda
iaitu merdeka daripada mazmumah yang memusnah kepada mahmudah yang
indah dan membahagiakan. Bebas daripada hasad dengki, sombong,
pemarah, jatuh menjatuhkan yang memusnah. Merdeka daripada dendam
kesumat, bakhil, tamak, penakut, pemalas dan culas. Ria , megah,
mencari nama, ingin glamour, yang ramai orang tersinggung dibuatnya.

Diganti dengan kasih sayang, merendah diri, lemah lembut yang digemari
dan jadikan pemurah, rajin, berani, bekerjasama, maaf bermaafan
sebagai budaya. Ikhlas, lapang dada, bertolak ansur, hayati hati.
Cintakan Tuhan, takutkanNya, dekatkan diri kepadaNya jadi sebati
Inilah dia yang dikatakan Kemerdekaan Sejati .

No comments: