Tazkirah

HTML Tag Reference

Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Saturday, December 6, 2008

Sesudah Runtuh..Satu Iktibar

Takdir tuhan tetap akan berlaku, yang pergi tetap pergi jua yang pasti kita sendiri yang lalai atau leka dengan kemewahan dunia dan nikmat yang sementara sehingga terlupa tangungjawab kita terhadap anugerah alam ciptaan Allah S.W.T yang diamanahkan untuk kita pelihara dengan sebaik-baiknya.
PANDANGAN antara 14 rumah banglo di taman perumahan di Bukit Antarabangsa di sini, yang musnah akibat tanah runtuh awal pagi ini. Kejadian kira-kira jam 4 pagi tadi, menyebabkan empat terkorban membabitkan tiga perempuan dan seorang lelaki manakala 15 lagi cedera. Banglo yang tertimbus itu membabitkan lapan unit banglo di Taman Bukit Utama dan enam unit di Taman Bukit Mewah. Kejadian turut menyebabkan jalan uatam ke kawasan perumahan terbabit terputus dan beratus lagi terperangkap. - Foto ihsan PDRM
PANDANGAN antara 14 rumah banglo di taman perumahan di Bukit Antarabangsa di sini, yang musnah akibat tanah runtuh awal pagi ini. Kejadian kira-kira jam 4 pagi tadi, menyebabkan empat terkorban membabitkan tiga perempuan dan seorang lelaki manakala 15 lagi cedera. Banglo yang tertimbus itu membabitkan lapan unit banglo di Taman Bukit Utama dan enam unit di Taman Bukit Mewah. Kejadian turut menyebabkan jalan uatam ke kawasan perumahan terbabit terputus dan beratus lagi terperangkap. - Foto ihsan PDRM




Marilah kita mengambil iktibar dan pengajaran dari apa yang berlaku, serta bersama menghayati akan Firman dari Allah S.W.T didalam Al-Quran yang bermaksud:

Dan bila dikatakan kepada mereka:"Janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi ". Mereka menjawab: "Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan perbaikan."
Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerusakan, tetapi mereka tidak sadar.(Surah Baqarah:11 & 12)

kerusakan dari yang mengadakan perbaikan. Dan jikalau Allah menghendaki, niscaya Dia dapat mendatangkan kesulitan kepadamu. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.(Al-Baqarah:220)
PEMANDANGAN kawasan tanah runtuh Bukit Antarabangsa, Hulu Klang dekat Kuala Lumpur. - foto The Star oleh ABDUL RAHMAN SENIN

Dan firman-Nya lagi :
Dan janganlah kamu membuat kerusakan di muka bumi, sesudah memperbaikinya dan berdo'alah kepada-Nya dengan rasa takut dan harapan . Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik. (Al-A'raaf: 56)

Dan ingatlah olehmu di waktu Tuhan menjadikam kamu pengganti-pengganti sesudah kaum 'Aad dan memberikan tempat bagimu di bumi. Kamu dirikan istana-istana di tanah-tanahnya yang datar dan kamu pahat gunung-gunungnya untuk dijadikan rumah; maka ingatlah nikmat-nikmat Allah dan janganlah kamu merajalela di muka bumi membuat kerusakan.( Al-A'raaf: 74)

Maka mengapa tidak ada dari umat-umat yang sebelum kamu orang-orang yang mempunyai keutamaan yang melarang daripada kerusakan di muka bumi, kecuali sebahagian kecil di antara orang-orang yang telah Kami selamatkan di antara mereka, dan orang-orang yang zalim hanya mementingkan kenikmatan yang mewah yang ada pada mereka, dan mereka adalah orang-orang yang berdosa.(Huud:116)

Maka kita harus ingat firman Allah S.W.T:
Tidak ada siksaan atas mereka melainkan satu teriakan suara saja; maka tiba-tiba mereka semuanya mati. (Yasin:29)

foto The Star oleh AZMAN GHANI
Betulah apa yang difirman oleh Allah S.W.T yang menyatakan:
Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari perbuatan mereka, agar mereka kembali .( Aruum:44)

Tiga juta jemaah berada di Mekah

SEJUMLAH jemaah haji berjalan ke arah Masjidil Haram untuk bersolat Jumaat di Mekah, Arab Saudi semalam.

MEKAH - Hampir tiga juta jemaah haji dari seluruh dunia berhimpun di kota Mekah sehari sebelum memulakan ibadat berkenaan yang diwajibkan sekali dalam seumur hidup setiap penganut agama Islam.

Jemaah haji lelaki memakai ihram sebagai simbol kesucian diri dan persamaan manakala wanita menutup seluruh tubuh badan kecuali tapak tangan dan wajah mereka.

Mereka bergerak mengelilingi Kaabah, sebanyak tujuh kali yang menjadi kiblat umat Islam. Kaabah terletak di dalam Masjidil Haram.

Bagi memastikan ibadat yang berlangsung selama lima hari itu berjalan lancar, Arab Saudi mengerahkan 100,000 petugas keselamatan untuk mengawal ketenteraman.

Terdapat beberapa sekatan jalan raya di semua jalan yang menuju ke Mekah manakala polis bertindak memeriksa permit haji jemaah tempatan dan pasport jemaah luar negara.

Kawalan keselamatan kali ini agak ketat berikutan musim haji bermula hanya seminggu selepas serangan pengganas di Mumbai, India yang mengorbankan lebih 171 orang dan mencederakan 300 yang lain.

Media tempatan melaporkan sejumlah tangkapan dilakukan setakat ini termasuk dua warga Mesir kerana mengendalikan operasi syarikat pengurusan haji tanpa lesen.

Pada awal minggu ini, askar-askar Arab Saudi menyerbu sebuah pangsapuri di bandar Jeddah yang dijadikan sebagai pejabat syarikat palsu.

Bagaimanapun, bagi seorang jemaah Turki, Omar Danis segala kesukaran tidak terasa dan perjalanan ke Mekah merupakan impian hidup yang kini terlaksana.

"Sebaik sahaja saya melihat Kaabah, hati saya berasa tenang, saya berlutut untuk mengucapkan kesyukuran kepada Tuhan dan air mata saya berlinangan," katanya. - AP