Kecenderungan aktivis terhadap status elit juga mendorong mereka untuk tidak mengambil pendekatan realis, lalu memilih untuk terlalu idealis. Antara faktor yang meletakkan mereka seakan-akan berada di dalam golongan elit, adalah faktor institusi dan tempat mereka menuntut ilmu. Penulis juga adalah lahiran sekolah berasrama penuh(SBP) dan pernah menuntut di institusi-institusi yang dilabel elit. Tetapi ini tidak meletakkan penulis untuk menjadi aktivis pemikir yang berkiblatkan idealis. Fenomena ini penulis namakan Fenomena Fanatik Institusi.
Fenomena Fanatik Institusi diterapkan di pusat-pusat pengajian di dalam dan luar negara. Fenomena ini amat ketara apabila kita lihat, produk-produk lahiran sesetengah institusi tersebut hanya mahu bergaul dan menerima pendapat daripada kalangan mereka sahaja. Lambang-lambang atau simbol institusi lama mereka dibangga-banggakan walaupun setelah mereka menjadi alumni seperti pakaian seragam lama, tali leher dan kain sampan. Fenomena ini membawa lebih banyak kesan negatif daripada positif, jika dikira melalui penampilan pakaian sahaja, tidak dianggap kronik, tetapi jika dibawa ke tahap yang lebih tinggi seperti pergaulan, perkahwinan contohnya produk sekolah lelaki A hanya mahu kahwin dengan produk sekolah perempuan B dan bekas-bekas produk kolej M hanya membina persatuan dan jaringan perhubungan sesama mereka sahaja. Kenapa kebanyakan aktivis lahir di kalangan mereka, produk-produk Institusi elit? Faktor fanatisma dan terlalu idealis mendorong mereka.
Di dalam Islam, fanatisma adalah sesuatu yang amat bercanggah dengan tarbiyah. Fanatisma atau taksub akan menyebabkan lahirnya golongan assobiyah dan bida'ah. Oleh itu, para ulama dari dahulu lagi telah berdebat mengenai pendekatan yang mana lebih ditekankan oleh Islam. Lahirnya para ilmuan dan cendekiawan Islam seperti Ibn Sina, Al-Biruni dan Ar-Razi adalah berdasarkan penguasaan mereka dalam Ilmu. Bukan atas mereka menjadi aktivis. Oleh itu, di manakah tanggapan yang mengangkat bahawa Islam menggalakkan menjadi aktivis?
Allah berfirman, 'Dan sesungguhnya kalau mereka melaksanakan pelajaran yang diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih menguatkan(iman mereka).(QS.4:66).
Allah swt telah menerangkan kepada para penuntut Ilmu supaya memberi tumpuan mereka kepada ilmu dan proses pendidikan yang mereka jalani. Dengan firman ini juga, para ulama rabbani(ulama yang mengajar ilmu dasar sebelum beralih kepada ilmu tinggi demi kebaikan tarbiyah dan tafsiyah Islam) telah menetapkan, bahawa, kedudukan yang tinggi, hanya boleh diraih dengan Ilmu. Bukan dengan menjadi terlalu idealis, atau terlalu realis.
dipetik: http://www.idealis-mahasiswa.net/perantau/perantauverd2.html
No comments:
Post a Comment