Tazkirah

HTML Tag Reference

Friday, December 26, 2008

Khutbah: Renunggi Kehidupan Ingat Kematian

رنوغي كهيدوفن ايغتي كماتين



اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِىْ جَعَلَ الْمَوْتَ اِسْتِرَاحَةً لِلْمُوْءمِنِيْنَ مِنْ تَعَبِ الدُّنْيَا بَعْدَ مَا كَانُوْا يَعْبُدُوْنَ اللهَ لِنَيْلِ السَّعَادَةِ الْعُلْيَا.

أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لآ شَرِيْكَ لَهُ. وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اَللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ.

أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ، اِتَّقُوا الله، أُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى الله.

أَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ،

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلا مَتَاعُ الْغُرُورِ



MUSLIMIM YANG DIRAHMATI ALLAH,

Saya berpesan kepada diri saya dan sidang Jumaat sekalian supaya meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan perintah-Nya dan menjauhi larangannya, sesungguhnya berjayalah orang-orang yang bertakwa dengan mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

HADIRIN SIDANG JUMAAT YANG DIMULIAKAN,

Setiap yang bernyawa pasti akan mati, begitu jugalah dengan manusia tiada seorang pun boleh lari dari ajalnya yang telah ditetapkan oleh Allah SWT, di mana bila ajal seseorang itu telah sampai malaikat Izrail tetap akan mencabut nyawanya tidak kira di mana seseorang itu berada. Sebagaimana Firman Allah dalam surah al-Jumu’ah ayat 8:

قُلْ إِنَّ الْمَوْتَ الَّذِي تَفِرُّونَ مِنْهُ فَإِنَّهُ مُلاقِيكُمْ ثُمَّ تُرَدُّونَ إِلَى عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ

Yang bermaksud : "Katakan (wahai Muhammad) sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan nyata, lalu ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya).

Begitulah apabila nyawa seseorang telah terpisah daripada jasadnya, maka tinggallah segala apa yang dimilik sama ada ahli keluarga, saudara mara dan harta benda yang akan diwarisi oleh kaum keluaga. Jasad yang terbujur kaku akan diurus dan dihantar ke kubur untuk dikebumikan. Pada saat itu, terpisahlah ia ke alam lain iaitu alam kubur atau alam barzakh sementara menunggu hari pembalasan di akhirat.

Muslimim Sidang Jumaat Yang Berbahagia,

Para alim ulama pernah berkata, kehidupan di dunia yang sementara ini, kadang-kadang menjadikan manusia lupa tentang kehidupan di alam akhirat yang kekal abadi. Maka kehidupan di dunia ini dianggap sebagai godaan terbesar yang boleh memesongkan manusia dari mengingati Allah SWT, kecuali bagi orang-orang yang berjaya mengurus kehidupan mereka dengan ketakwaan kepada Allah SWT, yang mana ketakwaan tersebut menjadi jambatan emas menuju ke syurga. Persoalannya, mengapa Islam menyuruh umatnya untuk sentiasa mengingati mati?. >>Khutbah Lagi...



No comments: