Tazkirah

HTML Tag Reference

Saturday, September 20, 2008

PERISTIWA BESAR DALAM SEJARAH DALAM BULAN RAMADHAN

"Bulan Ramadhan bukan hanya terkenal sebagai pusat latihan ibadah
kepada umat Islam, malah ia juga terkenal dengan peristiwa besar dalam
sejarah Islam antaranya:

BULAN DITURUNKAN AL KITAB
Beberapa hari yang ditentukan itu ialah bulan Ramadhan. Bulan yang
diturunkan di dalamnya (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk untuk
manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pemisah
antara yang benar dan salah. Para pakar tafsir dan hadis merekodkan,
Allah juga menurunkan kitab-kitab dan suhuf iaitu kitab-kitab kecil
selain Zabur, Taurat, Injil dan Al Quran kepada para rasul terdahulu
pada bulan Ramadhan.

PERISTIWA BADAR
Pada hari Jumaat 2 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah berlakunya perang
pertama dalam Islam yang dikenali Perang Badar. Badar adalah nama
tempat di sebuah lembah yang terletak di antara Madinah dan Mekah.
Tentera Islam mengawal lokasi strategik dengan menguasai sumber air
yang terdapat di situ. Perang ini melibatkan tentera Islam seramai 313
anggota berhadapan dengan 1,000 anggota tentera musyrikin Mekah yang
lengkap bersenjata. Dalam peperangan ini, tentera Islam memenangi
pertempuran dengan 70 tentera musyrikin terbunuh, 70 lagi ditawan
manakala bakinya melarikan diri. Peperangan ini adalah suatu yang luar
biasa apabila tentera Islam yang kurang jumlah, lemah daripada sudut
kelengkapandan berpuasa dalam bulan Ramadhan memenangi pertempuran
Perang Badar. Ini membuktikan puasa bukan penyebab umat Islam bersikap
lemah dan malas sebaliknya berusaha demi mencapai keredhaan Allah.
Orang yang berjuang demi mencapai kerdhaan Allah pasti mencapai
kemenangan yang dijanjikan. Allah menegaskan dalam Surah Aali 'Imran
ayat 123 hingga 125. Sesungguhnya Allah menolong kamu dalam Perang
badar, sedangkan pada masa itu kamu orang yang lemah. Sebab itu
bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mensyukurinya.

ISLAM MEMBUKA KOTA MEKAH
Peristiwa ini berlaku pada 10 Ramadhan tahun ke-6 Hijrah. Peristiwa
kemuncak ini berlaku apabila musyrikin Mekah melanggar perjanjian
Hudaibiah yang termeterai dengan orang islam. Antara kandungan
perjanjian ini menyebut, setiap suku Arab boleh memilih sama ada
menjadi sekutu Muhammad ataupun sekutu Quraisy. Kedua-dua pihak tidak
boleh berperang dalam tempoh 10 tahun dan tidak boleh membantu pihak
lain berperang. Malangnya, dalam suku-suku Arab yang bersekutu itu,
ada golongan yang bertelagah iaitu Bani bakar dan Khuza'ah. bani Bakar
bersekutu dengan Quraisy Mekah manakala Khuza'ah memilih bersekutu
dengan Nabi Muhammad. Pada satu malam, Bani Bakar dengan pertolongan
Quraisy Mekah menyerang perkampungan suku Khuza'ah di lembah Watir.
Apabila berita itu sampai ke pengetahuan Nabi Muhammad, beliau
mengerahkan ratusan ribu umat Islam marake Mekah tanpa pengetahuan
penduduk musyrikin Mekah. Beliau menolak sebarang rundingan dengan
pihak Quraisy sehingga kemaraan umat Islam hanya diketahui apapbila
hampir memasuki Kota Mekah. Penduduk musyrikin menjadi jumlah yang
kecil tanpa sebarang persiapan hanya bersembunyi di bukit, rumah
ibadat dan rumah Abu Sufian. Akhirnya umat Islam memasuki kota Mekah
tanpa sebarang pertumpahan darah. Peristiwa ini menggambarkan
pertolongan Allah kepada hamba-hamba yang ikhlas kepadaNya. Allah
menyebut dalam Al Quran Surah Al Fath ayat 1: Sesungguhnya Kami telah
memberikan kepadamu kemenangan yang nyata. Sebahagian pakar tafsir Al
Quran memberi maksud 'kemenangan' dengan kemenangan bermaksud membuka
Mekah.

PERISTIWA PERJALANAN NABI MUHAMMAD SAW KE TABUK
Apabila pengaruh Nabi Muhammad SAW tersebar ke pelosok Semenanjung
Tanah Arab, ia memberikan tamparan hebat kepada Rom yang menjadi kuasa
besar pada masa itu. Lantas Herkules, Maharaja Rom Timur (Bizantin)
memutuskan bagi menyekat pengaruh umat Islam dengan utara Tanah Arab.
Apabila berita itu samapai ke pengetahuan Nabi Muhammad SAW, beliau
mengarahkan umat Islam berkumpul bagi menghadapi Rom dan mengutip
zakat. Pada masa itu tanah Arab dilanda panas dan kesusahan. Iman umat
islam ketika itu benar-benar teruji. namun, mereka tetap taat kepada
perintah Nabi Muhammad. Beliau sendiri memimpin tentera seramai 30,000
anggota ke utara Madinah. Apabila tentera Islam tiba di Tabuk, tentera
Rom tidak berada di situ. Sebaliknya Rom menarik diri apabila
mengetahui kemaraan tentera Nabi Muhammad SAW yang ramai. Tentera
Islam terus mengasak Rom sehingga termeterai perjanjian antara Islam
dan Rom. Sebagai persetujuan, Rom tunduk dan bernaung di bawah
pemerintahan Nabi Muhammad SAW dan dikenakan cukai sebanyak 3,000
dinar setiap tahun.

ISLAM SAMPAI KE YAMAN
Yaman terletak di selatan Semenanjung Tanah Arab. Nabi Muhammad
mengutuskan Ali bin Abu Talib dengan membawa surat beliau untuk
penduduk Yaman khususnya suku Hamdan. Dalam tempoh satu hari, kesemua
mereka memeluk agama Islam secara aman. Peristiwa bersejarah itu
berlaku pada bulan Ramadhan tahun ke-10 Hijrah.

KHALID BIN AL WALID MERUNTUHKAN BERHALA AL 'UZZA
Selepas umat Islam membebaskan kota Mekah, Nabi Muhammad SAW
menyucikannya dengan memusnahkan 360 patung di sekeliling Kaabah. Lima
hari sebelum berakhirnya Ramadhan tahun ke-9 hijrah, beliau menghantar
Khalid al Walid bagi memusnahkan patung al 'Uzza di Nakhla. Menurut
kepercayaan Arab jahiliyyah, al 'Uzza adalah patung dewi terbesar di
situ. Ia sering disebut oleh masyarakat Arab apabila melafazkan
sumpah. Khalid al Walid melaksanakan tugas itu dengan bergerak menuju
ke Nakhla lalu menghancurkan patung al 'Uzza. Selepas itu, penyembahan
patung pun berakhir.

PENYERAHAN BANDAR TAIF
Bandar Taif pernah mencatatkan sejarah apabila penduduknya menghalau
Nabi Muhammad SAW semasa berdakwah di sana. Selepas beliau dan umat
Islam berjaya membebaskan Mekah, golongan Bani Thaqif berkeras tidak
mahu tunduk kepada Nabi Muhammad SAW. Nabi Muhammad SAW dan tentera
Islam mara ke Taif lalu mengepungnya dalam tempoh yang lama. Akhirnya
rombongan mereka datang ke Mekah pada bulan Ramadhan tahun ke-9 Hijrah
dengan menyerahkan bandar Taif sebagai tanda menyerah kalah. Patung al
Laata yang dipuja sebelum ini dimusnahkan.

PEMBUKAAN ANDALUS (SEPANYOL)

Andalus adalah nama Arab yang diberikan kepada wilayah-wilayah
bahagian Semenanjung Iberia yang diperintah oleh orang Islam selama
beberapa waktu bermula tahun 711 hingga 1492 Masihi. Pada 28 Ramadhan
tahun ke-92 Hijrah, panglima Islam bernama Tariq bin Ziyad dihantar
pemerintahan Bani Umaiyah bagi menawan Andalus. Tariq memimpin armada
Islam menyeberangi laut yang memisahkan Afrika dan Eropah. Selepas
pasukan tentera Islam mendarat, Tariq membakar kapal-kapal tentera
Islam supaya mereka tidak berfikir untuk berundur. Akhirnya Andalus
ditawan dan menyelamatkan rakyatnya yang dizalimi. Islam bertapak di
Andalus selama lapan abad dan meninggalkan kesan tamadun yang tinggi
nilainya kepada dunia barat.

PEPERANGAN ZALLAQAH; PORTUGAL
Peristiwa ini berlaku selepas subuh hari Jumaat, bulan Ramadhan tahun
459 Hijrah. Ketika itu, berlaku kebangkitan Dinasti Murabit di Afrika
Utara. Gabenor Cordova, al Muktamin meminta bantuan Sultan Dinasti
Murabit, Yusuf bin Tasyifin bagi memerangi al Fonso VI. Tentera
Kristian yang diketuai oleh al Fonso VI yang berjumlah 80,000 tentera
berjaya dikalahkan. Dalam masa yang singkat Sultan Yusuf berjaya
menguasai seluruh Sepanyol dan menyelamatkan umat Islam. Selepas itu,
Sepanyol Dinasti Murabit berdiri sejak 1090 hingga 1147 Masihi.

TENTERA ISLAM MENGALAHKAN TENTERA MONGOL
Pada tahun 126 hingga 1405 masihi, kaum Mongol melebarkan
penaklukannya hampir kesemua benua Asia. Menurut rekod, empayar
penaklukan mereka meliputi seluas 33 juta kilometer persegi. Jeneral
tentera Mongol dikenali sebagai Genghis Khan. Dalam misi penaklukan
itu, mereka membunuh melebihi sejuta rakyat negara yang ditakluki.
Penaklukan mereka menjangkau hingga ke Moscow dan Kiev. Pada tahun
1258, tentera pimpinan Jeneral Hulagu Khan merempuh kota Baghdad zang
menjadi kemegahan Dinasti Abbasiah. Dalam serangan itu, ramai umat
Islam terbunuh dan banyak buku karangan sarjana Islam dibuang ke dalam
Sunagi Furat dan Dajlah sehingga airnya menjadi hitam kerana dakwat.
Pada 15 Ramadhan 658 Hijrah bersamaan 1260 Masihi, angkatan tentera
Islam bangkit membuat serangan balas. Tentera Islam dan para ulama
pimpinan Sultan Qutuz dari Dinasti Mamluk, Mesir mara ke Palestin
selepas Mongol menguasainya. Kedua-dua pihak bertemu di 'Ain Jalut.
Dalam pertempuran itu, tentera ISlam meraih kemenangan dan berjaya
menawan Kitbuqa Noyen, seorang Leftenan Kristian yang memberi nasihat
kepada Hulagu Khan bagi menyerang Baghdad. Kitbuqa akhirnya dihukum
bunuh. Kemenangan itu adalah suatu yang luar biasa apabila Mongol yang
terkenal dengan keganasan akhirnya kalah kepada tentera Islam.

PEPERANGAN YAKHLIZ
Pada 15 Ramadhan 1294 Hijrah, bala tentera Islam Dinasti Uthmaniah
yang dipimpin oleh Ahmad Mukhtar Basya dengan jumlah 34,000 anggota
mengalahkan tentera Rusiayang berjumlah 740,000. Seramai 10,000
tentera Rusia terbunuh dalam pertempuran itu. Ia menjadi kebanggaan
umat Islam mempertahankan agama yang diancam oleh kerajaan Tzar di
Rusia.

TERTAWANNYA GARIS BAR LEV, ISRAEL
Dalam sejarah moden, berlaku Perang Yom Kippur yang melibatkan tentera
Islam pakatan Mesir dan Syria dengan tentera Yahudi Israel pada 10
Ramadhan 1390 Hijrah bersamaan 6 Oktober hingga 22 atau 24 Oktober
1973 Masihi. Perang Yom Kippur, juga dikenali sebagai Peperangan
Arab-Israel 1973, Perang Oktober, dan Perang Ramadhan. Ia adalah
sebahagian daripada konflik Arab-Israel sejak dari tahun 1948. Pada
bulan Jun 1967, berlaku Perang Enam Hari antara Israel dengan Mesir,
Syria dan Jordan. Dalam pertempuran itu , Israel berjaya menduduki
Bukit Golan, Syria di utara serta Semenanjung SInai, Mesir di selatan
sehingga ke Terusan Suez. Selepas itu, Israel membina barisan
pertahanan di SInai dan Bukit Golan. Pada tahun 1971, Israel
memperuntukkan 500 juta dolar Amerika bagi membina kubu dan kerja
tanah raksasa yang dinamai Garis Bar Lev sempena nama Jeneral Israel,
Haim Ber Lev. Israel bermegah denga kubu Bar Lev yang didakwa 'tidak
dapat ditawan' kerana mempunyai kekebalan dan teknologi peralatan yang
canggih. Namun, tentera Islam berjaya menawan kubu itu sekaligus
mengalahkan Israel. Antara peristiwa menarik dalam peperangan ini
adalah peranan seorang sarjana Islam merangkap sebagai Imam Masjid
Bandar Suez al Marhum, Syeikh Hafiz Salamahyang mengambilalih pimpinan
operasi peperangan. Beliau menggantikan jawatan ini apabila gabenor
daerah bersedia menyerah kalah. Akhirnya para mujahidin gabungan
tentera Mesir, Syria dan penduduk bandar Suez berjaya megasak tentera
Israel yang terpaksa berundur sehingga terpaksa menyerahkan
Semenanjung Sinai dan Bukit Golan.

www.al-futhuhat.blogspot.com"

No comments:

Loading...