Tazkirah

HTML Tag Reference

Monday, July 16, 2012

Ikhlas & Azam Ramadan

"Setiap amalan ketaatan yang dilakukan mungkin sahaja diterima-NYA atau sebaliknya. Ini bergantung kepada ketaqwaan si pelaku terutamanya saat melaksanakan sesuatu ketaatan. Roh kepada amal adalah IKHLAS."

"Tidak melakukan sesuatu amal kerana manusia adalah RIAK & melakukan sesuatu amal kerana manusia adalah SYIRIK. Manakala IKHLAS adalah yang berada di antara keduanya yang diberi taufiq hidayah oleh ALLAH SWT."

Apa itu IKHLAS?
Dari segi bahasa, ertinya murni, suci & tidak dinodai apa-apa kotoran.
Dari segi syariat, memaksudkan suatu ibadah itu hanya kerana ALLAH SWT.

Tanda-tanda ikhlas :
* tiada perubahan dalam hati jika dipuji/dicaci.
* tidak anggap amalan yang dilakukan hebat/besar.
* hanya harapkan ganjaran-NYA

RUKUN IKHLAS ada 3 (menurut Imam Ghazali rahimahullah) :
[A] Niat yang baik
- niat seorang mukmin adalah lebih baik daripada amalnya.
[B] Hakikat
- tidak disertai dengan niat-niat lain walaupun baik. Hanya kerana-NYA !!!
[C] Azam/kesungguhan
- dibuktikan melalui pratikal/perbuatan.

(Pesanan AL-HABIB ALI ZAENAL ABIDIN bin ABU BAKAR AL-HAMID)

Mari hadirkan azam & niat Ramadhan 1433H yang bakal menjelma :

[1] Niatkan agar Ramadhan kali ini lebih baik & mantap berbanding tahun-tahun yang lalu dengan amalkan segala sunnah Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم semampu kita.
[2] Niat untuk bertadarus, tadabbur & khatam Al-Quran (minimum sekali).
- bulan yang diturunkan Al-Quran dimana jika membacanya dalam keadaan:
- berdiri (dalam solat), akan diganjar 100x ganjaran pahala
- duduk hadap kiblat, ganjaran 50x pahala
- bersuci (luar solat), ganjaran 25x pahala
- tidak bersuci, ganjaran 10x pahala
[3] Niat untuk tahajud & qiamullail setiap pagi (sebelum sahur).
[4] Niat untuk tunaikan solat Tarawih 20 rakaat serta solat Witir 3 rakaat (di masjid/surau/rumah) secara berjemaah.
[5] Niat untuk bangun & akhirkan sahur setiap pagi walaupun sekadar meneguk air (ianya sunnah & ada keberkatan dalam bersahur itu. Dikatakan sahur adalah selepas waktu tengahmalam).
[6] Niat untuk perbanyakkan amal ibadah seperti solat sunnat, sedekah, memberi makan orang yang berbuka puasa dsb.
[7] Niat untuk mencari malam Lailatul Qadar.
[8] Niat untuk perbanyak sedekah/infaq.
[9] Niat untuk menjaga lisan, mata, telinga, mulut dll.
[10] Niat untuk berdoa sebelum berbuka (antara saat/waktu kabul doa) & berbuka dengan kadar segera sebaik sahaja mendengar azan dengan kurma/manisan dengan jumlah ganjil.
[11] Niat memberi makan kepada orang berbuka puasa walaupun sebiji kurma.
[12] Niat untuk menjadi hambaNYA, umat Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم, suami/isteri, anak, abang/kakak, saudara, ayah/ibu, jiran, rakan sejawat, manusia dsb yang terbaik & bermanfaat sebaik sahaja selesai ibadah Ramadhan ini.
[13] Niat untuk syukuri segala nikmatNYA.
[14] Lain-lain

مرحبا يا شهر رمضان مرحبا يا شهر العبادة
مرحبا يا شهر رمضان مرحبا يا شهر السعادة

No comments: