Tempat menarik yang ana sempat lawati ialah ke masjid yang pertama di Mesir dan Eropah, iaitu masjid yang diberi nama Sadad Qurasy, di daerah Bilbis. Perjalanan ke Bilbis mengambil masa lebih kurang setengah jam dari bandar Zaqziq.Masjid ini dibina oleh seorang sahabat nabi iaitu Amru bin Al-A'as ra, pada tahun 18 hijrah. Difahamkan masjid ini mengalami pembaharuan @ perubahan sebanyak 4 kali sehingga hari ini seperti gambar dibawah.
Di sini saya amat bersyukur kepada Allah S.W.T kerana memberi anugerah dan inyah-Nya dapat menjejaki kaki di bumi bersejarah ini, dan mengambil kesempatan berterima kasih kepada rakan2 yang berada di Zaqzig, terutamanya kepada Ustaz Husni Genting orang lama yang menceritakan tempat2 bersejarah di Zaqziq. Wassalam...
No comments:
Post a Comment