Tazkirah

HTML Tag Reference

Friday, December 5, 2008

Amalan Pertahanan Diri.

Tips oleh: Tuan Guru Prof. Dr. Haron Din Al Hafiz

AYAT PENGGERAK

( بسم الله الَّذِىْ لاَيَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَىْءٌ فِى الأرْضِ وَلاَ فِى السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ)
َ

Terjemahannya : Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu dibumi juga dilangit dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.

CARA
1. Bila hendak pergi kesesuatu tempat yang berisiko atau merbahaya, atau bermusafir atau balik kampung atau hendak membuat sesuatu perkerjaan yang berisiko atau pulang kerumah daripada melakukan sesuatu perkerjaan yang berisiko, maka baca ayat ini tujuh kali.
2. Jika bacaan tersekat-sekat atau ada gangguan ketika membaca ayat ini, berehat dahulu. Setelah berehat baca lagi sehingga tujuh kali bacaan lancar baru teruskan perjalanan atau perkerjaan tersebut.
3. Amalkan bacaan di atas 3 kali sehari setiap selepas sembahyang subuh dan maghrib agar Allah melindungi kita daripada segala bahaya pada hari berkenaan.

No comments: