Tazkirah

HTML Tag Reference

Tuesday, June 17, 2008

HADITH TENTANG AKHIR ZAMAN

1. TAKWA DAN PERPADUAN ASAS KESELAMATAN DI AKHIR ZAMAN

Ertinya:
Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati
kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati
kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami
berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir
sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu baginda pun bersabda,
"Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan
mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu
itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya
daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka
hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa
Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran
dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah
itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru
(bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu
adalah sesat."

H.R. Abu Daud dan Tirmizi

Keterangan
Hadis diatas mengandungi pesanan-pesanan yang sangat berharga daripada
Rasulullah saw. bagi umatnya, terutama bila mereka berhadapan dengan
zaman yang penuh dengan kacau bilau dan perselisihan iaitu seperti
zaman yang sedang kita hadapi sekarang ini. Oleh itu sesiapa yang mahu
selamat maka hendaklah ia mengikuti tunjuk ajar yang telah disabdakan
oleh Rasulullah saw. dalam hadis, iaitu:

Pertama: Hendaklah ia menlazimi takwa kepada Allah dalam keadaan apa
jua dengan mengerjakan segala perintah Allah dan menjauhi segala
laranganNya.
Kedua: Mentaati perintah pihak yang menguruskan hal ehwal kaum
muslimin walaupun seandainya mereka terdiri daripada golongan hamba,
selama mereka berpegang dengan Al Quran dan sunnah Nabi saw. dan
sunnah-surmah kulafa Ar Rasyidin, kerana patuh kepada penguasa yang
mempunyai sifat-sifat ini bererti patuh kepada Al Quran dan Hadis Nabi
saw.
Ketiga: Berpegang teguh kepada sunnah Nabi saw. dan sunnah para kulafa
Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Abu Bakar, 0mar, Osman dan Ali r.a.) yang
mana mereka telah mendapat petunjuk daripada Allah Taala, iaitulah
berpegang kepada fahaman dan amalan ahli sunnah waljamaah yang mana
hanya penganut fahaman ini sahaja yang mendapat jaminan selamat
daripada api neraka dan yang bertuah mendapatkan syurga pada hari
kiamat nanti.
Keempat: Menjauhi perkara-perkara bid'ah dholalah, iaitu apa jua
fahaman dan amalan yang ditambah kepada agama Islam yang sempurna ini,
pada hal tidak ada dalil atau asal dan contoh dari agama. Sekiranya
ada asal atau dalil, maka tidaklah perkara-perkara yang baru itu
dikatakan bid'ah menurut pengertian syarak (bukan bid'ah dholalah)
tetapi hanya dinamakan bid'ah menurut pengertian loghat atau bahasa
sahaja (jaitulab bid'ah hasanah).

1 comment:

arshavin_08 said...

2008-07-02 3:38 PM
Information
Name Website Message Control Refresh eko salaam muftii.. wei,rindu aku kat ang...karang ang add yahoo id aku ni, biar kita boleh sembang :
enha_09@yahoo.com
banyak benda aku nak sembang ngan ang nii..wallaahi, asyuQquk awiee