Tazkirah

HTML Tag Reference

Saturday, November 21, 2009

Zulhijjah Dalam Sejarah

Banyak peristiwa yang berlaku dalam bulan Zulhijjah telah diabadikan oleh pena sejarah zaman berzaman, antara peristiwa tersebut :
 1. Nabi Muhammad s.a.w. membawa dagangan Khadijah ke negeri Syam. Di sana Baginda diberitahu tentang kenabiannya oleh pendita Nasthurah. Ia berlaku pada tahun kelima sebelum pelantikan Baginda menjadi nabi.

2. Peristiwa Bai'ah Al-'Aqabah ( perjanjian setia Al-'Aqabah ) pada tahun 13 selepas pelantikan baginda menjadi nabi. Ia disertai oleh 73 orang lelaki dan dua wanita daripada kaum Aus dan Khazraj. 


3. Peperangan As-Sawiq pada tahun ke-2 Hijrah, Nabi s.a.w. keluar mengekori kumpulan Abu Syaban yang menceroboh dan memerangi penduduk pinggir Kota Madinah. Semasa melarikan diri mereka mencampakkan guni-guni gandum yang dibawa bagi mempercepatkan perjalanan supaya tidak dapat diekori oleh Baginda.


4. Pada 7 Zulhijjah tahun ke-5 Hijrah satu kumpulan tentera Islam dihantar ke perkampungan Bani Sulaim yang diketuai oleh Ibnu Abi Al-Arjak.


5. Kelahiran Ibrahim, putera Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun kelapan Hijrah, ibunya bernama Mariyah Al-Qibtiyah.


6. Pada tahun ke-10 Hijrah, Nabi s.a.w. mengerjakan ibadah haji yang dikenali dengan Hajjatul Wada'. Di sana Baginda menyampaikan amanat-amanatnya yang kesemuanya adalah peraturan dan aturcara kehidupan di dalam Islam.


7. Abu Bakar As-Siddiq mengerjakan ibadah haji bersama umat Islam selepas kewafatan Nabi s.a.w. pada tahun 12 Hijrah.


8. Peperangan Dathin yang dipimpin oleh Umamah Al-Bahiliy menentang tentera Rom, berakhir dengan kemenangan tentera Islam.


9. Kemenangan tentera Islam yang diketuai oleh Yazid bin Abi Syaban menentang tentera Rom yang dikepalai oleh Sarjius di dalam pertempuran Wadi Arabah di Palestin.


10. Pada tahun 23 Hijrah, Amir Al-Mukminin Umar bin Al-Khattab meninggal dunia dibunuh oleh Abu Lu'luah Al-Majusi.


11. Pelantikan Uthman bin Affan sebagai khalifah yang dipilih sebulat suara oleh sebuah majlis Syura yang ditubuhkan oleh Umar bin Al-Khattab sebelum kematiannya.


12. Pelantikan Ali bin Abi Talib sebagai khalifah menggantikan Uthman bin Affan pada tahun 35 Hijrah.

No comments: